Perangai Manusia

Assalamualaikum readers. Kelakuan seseorang bergantung dengan siapa dia ketika itu sama ada di sekolompok orang ramai, keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Perangai seseorang akan berbeza ketika mereka bersama dengan kelompok sosial manusia yang berbeza dan orang yang rapat dengan seseorang tersebut. Saya juga begitu dan saya percaya semua orang juga begitu. Perangai kita akan mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Kadang-kadang kita kena ubah perangai kita ke arah yang lebih baik sekiranya ianya akan mendatangkan ke arah keburukan dan akan menyakiti hati orang disekeliling kita. Ego yang tinggi tidak akan membantu seseorang itu menjadikan sesuatu hubungan itu ke arah lebih baik malah akan mengakibatkan sesuatu hubungan itu menjadi renggang. Meskipun kita sedar akan hal demikian, ada yang masih belum sedar dan merasakan hanya dirinya sahaja yanh benar dan apa yang diperkatakan orang lain itu tidak boleh diterima. Spesis manusia yang sukar menerima teguran dan nasihat ini amat sukar dibendung kerana ego yang tinggi.